Translate

Wednesday, August 24, 2011

Kadar Harga Perkhidmatan di THE PERSADA

Kadar bayaran untuk perkhidmatan di THE PERSADA samada untuk dekorasi bunga, pelamin dan hantaran adalah bergantung kepada faktor-faktor berikut:

GUBAHAN BUNGA SEGAR (PENTAS, GUBAHAN PASU, BOUQUET, DLL)

1) Jenis bunga segar yang digunakan (bunga-bunga segar mempunyai gred tertentu mengikut saiz & kualiti (kualiti tempatan atau import). Majoriti stok bunga segar di THE PERSADA diperolehi secara terus dari Cameron Highlands. Harga bunga segar bergantung kepada harga pasaran semasa.







2) Jenis dekorasi dan saiz dekorasi yang dikehendaki. (cth: posy, long & low, side arrangement, bouquet, dll)

3) saiz pentas (dalam unit kaki / meter) yang ingin dilitupi dengan gubahan bunga. (kebiasaannya panjang pentas di bahagian hadapan sahaja)

4) Jarak lokasi penghantaran

- Sebutharga / Quotation akan dikeluarkan mengikut permintaan secara terperinci.


Di THE PERSADA, harga bukan satu perkara besar untuk pelanggan-pelanggan kerana kami akan sesuaikan budget anda sebaik mungkin dengan perkhidmatan yang diberi demi kepuasan hati anda. Perkhidmatan kami masih merupakan antara yang sangat berpatutan harganya berbanding pembuat-pembuat pelamin terkenal lain.

Kualiti perkhidmatan sering menjadi keutamaan THE PERSADA setanding dengan bajet pelanggan.

Untuk perbincangan, datanglah terus ke butik THE PERSADA seperti alamat yang tertera pada bahagian atas blog.

Terima kasih.

Wednesday, August 3, 2011

Cenderahati Bunga Segar di dalam Bakul beserta Kek / Buah-buahan

Hiasan bunga segar di dalam bakul yang mengandungi kek, buah-buahan, cookies atau apa jua barang hadiah sesuai dijadikan cenderahati istimewa terutama apabila berkunjung ke rumah seseorang atau menziarahi seseorang di hospital.






Hamper oleh THE PERSADA

Tempahan hamper sebagai hadiah / cenderahati untuk pelbagai majlis juga disediakan di THE PERSADA.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...